Taken from : http://mu2akk1r.wordpress.com/2009/06/29/keutamaan-sedekah/
Jadikan Sedekah sebagai Habit kita
Hadith Nabi Saw :
Tidak berkurang harta kerana sedekah, dan tiada seorang yang memaafkan suatu kezaliman melainkan Allah swt menambah kemuliaan, dan tiada seorang yang tawadhuk ( merendah ) kerana Allah swt melainkan Allah swt menaikkan darjatnya. ( Abu Hurairah r.anhu )
Hadith Nabi Saw :
Dermawan itu merupakan suatu pohon yang akarnya di syurga dan dahan-dahannya menurun ke dunia. Maka barangsiapa yang berpegang kepadanya akan ditarik ke syurga. Kedekut ( kikir ) itu pohon yang asalnya di dalam neraka sedang dahan-dahannya menurun ke dunia. Maka barangsiapa yang berpegang kepadanya akan ditarik ke neraka. ( Aishah r.anha )
Sedekah mengandungi 10 kebaikan .
Kebaikan di dunia.
Membersihkan harta kekayaan.
Membersihkan badan dari dosa-dosa.
Menolak bala dan penyakit.
Menyenangkan hati orang miskin.
Menjadikan berkat dalam harta dan meluaskan rezeki.
Kebaikan di Akhirat.
Sedekah itu menjadi naungan baginya
Sedekah meringankan hisab amalnya
Memberatkan timbangan amal kebaikannya
Memudahkan melintasi sirat.
Bertambah darjat di syurga
Barangsiapa yang menolak 5 pekara, maka Allah akan menolak 5 pekara daripadanya
Barangsiapa menolak zakat, Allah swt akan menolak keselamatan hartanya
Barangsiapa tolak sedekah, Allah swt akan mengurangi kesihatannya
Barangsiapa menolak zakat tanamannya, Allah swt akan menolak berkat tanahnya
Barangsiapa tidak suka berdoa, Allah tidak suka untuk menerimanya.
Barangsiapa yang meringan-ringankan solatnya, Allah swt akan menolak dari kalimah syahadah ketika matinya.
diambil dari http://ayobersedekah.wordpress.com/2009/07/06/keutamaan-sedekah-dunia-dan-akhirat/
0 komentar:
Posting Komentar